3 Pemain Baru Sertai Latihan Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Sesi latihan pasukan Harimau Malaya pada Rabu mendapat tumpuan ramai apabila 3 pemain baru turut serta kali ini.

Fokus para peminat sudah pastinya terarah kepada kelibat dua pemain warisan baharu negara, Hector Hevel dan juga Gabriel Palmero yang kali pertama menyertai kem latihan ini.

Ad

Hevel yang beraksi bersama kelab Portugal, Portimonense bertindak selaku pemain tengah manakala Palmero adalah pertahanan kiri buat pasukan CD Tenerife B di Sepanyol.

Ad

Status kedua-dua pemain ini disahkan sendiri oleh jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski pada petang hari Rabu sebelum Hevel dan Palmero turun buat kali pertama ke sesi latihan di sebelah malam.

Selain Hevel dan Palmero, kelibat pemain sayap lincah, Arif Aiman juga meraih perhatian peminat ketika hari ke-3 kem latihan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

Ad

Arif dilihat menjalani latihan ringan bersama staf kejurulatihan selepas tonggak berusia 23 tahun ini tidak kelihatan bersama Harimau Malaya pada hari pertama serta kedua bermula Isnin lalu.

Ad

Sebelum ini, Arif difahamkan mengalami sedikit kecederaan pada aksi Liga Super bertemu Penang pada Ahad memaksa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini terlepas dua sesi latihan sebelum ini.

Ad

Hari ke-4 sesi latihan pasukan akan berjalan seperti biasa pada Khamis sebagai persiapan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada 25 Mac hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments