Advertising
3 Pemain Luar Negara Bakal Pulang Ke JDT
Transfer
MakanBola

3 pemain yang beraksi di luar negara bakal pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang tamat musim 2024/25.

Skuad kendalian Hector Bidoglio telah melepaskan beberapa pemain secara pinjaman sama ada dalam dan luar negara.

Ad

Beberapa pemain JDT yang berkelana di luar negara seperti Jalil Elias, Chico Geraldes dan juga Endrick Dos Santos difahamkan bakal pulang ke pangkuan pasukan pertengahan tahun hadapan.

Ad

Perancang tengah paling bernilai Harimau Selatan, Jalil Elias menjadi antara pemain terawal yang dipinjamkan ke kelab Argentina, Velez Sarsfield.

Tonggak berusia 27 tahun itu telah melakukan 18 penampilan bersama kelab Argentina itu dan menyerlah dalam beberapa aksi seperti menentang Estudientes, Tigre dan Union de Santa fe.

Ad

Kemas kini laman Transfermarkt menunjukkan tempoh pinjaman Jalil di Argentina bakal berakhir pada 31 Mei 2025.

Ad

Pemain kedua yang turut berkelana di Eropah ialah Chico Geraldes bersama kelab La Liga 2, CD Eldense.

Ad

Tonggak berusia 29 tahun kelahiran Portugal itu dibawa masuk pada jendela perpindahan musim 2024/25 namun kurang mendapar tempat bersama pasukan.

Beliau bagaimanapun bergelut untuk mendapat minit permainan di Sepanyol apabila hanya beraksi 4 perlawanan tanpa sebarang penglibatan jaringan sejak dipinjamkan pada bulan Ogos lalu.

Tempoh pinjaman Chico juga difahamkan bakal berakhir pada Mei 2025 dan pulang membantu Harimau Selatan.

Pemain ketiga yang bakal kembali ke pangkuan JDT ialah Endrick Dos Santos yang kini berkelana di Vietnam.

Tonggak naturalisasi negara ini telah beraksi sebanyak 9 perlawanan dan muncul antara pemain paling menyerlah dalam 5 aksi terakhir bersama Ho Chi Minh City.

JDT kini bersaing hebat untuk memburu kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia dan juga untuk melangkah ke pusingan kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE).