Advertisements
3 Saluran Siar Aksi Laos vs Malaysia Secara Langsung Malam Ini
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

3 saluran menyiarkan aksi antara Laos vs Malaysia secara langsung malam ini.

Skuad kendalian Pau Marti meneruskan perjuangan bagi mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 FIFA bermula pada 14 November menentang pasukan ke-187 dunia, Laos.

Perlawanan yang berlangsung di Thailand itu menyaksikan skuad negara mahu melebarkan rekod baik berdepan Laos dalam 5 perlawanan terakhir dengan kemenangan bersih.

Harimau Malaya mempertaruhkan beberapa muka baharu seperti Fazrul Amir, Ubaidullah Shamsul, Fergus Tierney termasuklah pemain muda lain seperti Azam Azmi, Safwan Mazlan, Harith Haiqal dan juga Haqimi Rosli.

Malaysia kemudiannya bakal menentang pasukan ke-125 dunia, India yang juga membariskan pemain terbaik sambil ketua jurulatih, Manolo Marquez mahu memastikan kemenangan milik anak buahnya.

Jurulatih Laos, Ha Hyeok-jun pula memilih majoriti pemain yang beraksi dalam saingan domestik Lao League 1.

Antara tonggak yang dipanggil termasuklah Chony Wenpaserth (Ezra), Xaysavath Souvanhansok (Namtha United) dan Kydavone Souvanny (Young Elephants).

Laos turut diperkuatkan dua pemain tonggak yang beraksi di luar negara iaitu Phoutthasay Khochalern (Thap Luang United) dan Bounphachan Bounkong (Svay Rieng).

Prestasi semasa tidak memihak kepada pasukan Laos apabila tewas tiga daripada 5 perlawanan terakhir.

Siaran Langsung Laos vs Malaysia

Tarikh: 14 November 2024 (Khamis)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium PAT, Thailand.
Siaran Langsung: TV Sarawak, 122Mytv & Astro Arena Bola

Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.