4 negara yang memiliki ranking tertinggi ketika ini menepati ramalan para penyokong untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026.
Negara-negara tersebut ialah Perancis, Argentina, Sepanyol dan England apabila 4 pasukan ini berjaya menewaskan lawan masing-masing iaitu Maghribi, Switzerland, Belgium & Norway pada suku akhir.
Kini, Perancis menakluki takhta ranking FIFA dengan mengumpul mata sebanyak 1948.97 sekali gus memotong Argentina yang hanya mengumpul 1943.47.
Selepas itu, Sepanyol pula menduduki tempat ketiga dengan mata terkumpul sebanyak 1934.79 selepas menumpaskan Belgium di peringkat suku akhir.
England berada di tempat keempat dengan mengumpul sebanyak 1889.42 mata selepas meraih kemenangan penting ke atas Norway dengan keputusan 2-1 hasil dua jaringan bintang muda Real Madrid, Jude Bellingham.
Separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 bakal mempertemukan Perancis menentang Sepanyol terlebih dahulu pada Rabu ini sebelum England berdepan Argentina pada 16 Julai.
Sekiranya Perancis dan Argentina masing-masing memenangi aksi separuh akhir, peminat bakal menyaksikan ulangan final Piala Dunia 2022.
Berdasarkan prestasi semasa serta kedudukan kedua-dua pasukan dalam kelompok teratas ranking FIFA, pertembungan itu dilihat antara kemungkinan yang paling dinanti.
Lebih menarik, perebutan Kasut Emas juga dijangka menjadi tumpuan pada aksi separuh akhir apabila empat penyerang utama masih berpeluang muncul penjaring terbanyak kejohanan.
Mendahului carta ialah pemain terbaik dunia, Lionel Messi dengan lapan gol, diikuti bintang Real Madrid, Kylian Mbappé yang turut mengumpul lapan gol.
Sementara itu, Jude Bellingham dan penyerang sensasi England, Harry Kane masing-masing telah meledak enam gol, sekali gus menjanjikan saingan sengit untuk menamatkan kejohanan sebagai pemenang Kasut Emas.