4 Pengadil Malaysia Adili Perlawanan Australia vs China Di Adelaide
Asia
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Nama pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin kembali menjadi tumpuan apabila beliau mengetuai pasukan pengadilan aksi membabitkan Australia dan China di Adelaide.

Aksi ini merupakan aksi ketiga Kumpulan C untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Aksi ini penting bagi kedua-dua negara untuk mengutip tiga mata buat kali pertama dalam kumpulan.

Advertisements

Ini selepas China dan Australia gagal merekodkan kemenangan dalam dua aksi awal Kumpulan C. Australia hanya meraih satu mata selepas tewas kepada Bahrain dan diikat tanpa jaringan dengan Indonesia.

Manakala China pula terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada dua pasukan gergasi Asia, Jepun dan Arab Saudi.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Nazmi diberi amanah mengadili aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Sebelum ini, beliau diberi tugas mengadili aksi Kumpulan A antara Korea Utara dan Qatar pada 10 September lalu.

Untuk aksi Australia menentang China, Nazmi dibantu dua penolong pengadil iaitu Mu’azi Zainal Abidin dan Mohamad Zairul Khalil Tan. Sementara Razlan Joffri Ali pula bertindak sebagai pegawai keempat perlawanan.

Advertisements

Selain aksi kelayakan Piala Dunia, Nazmi juga pernah dipilih mengadili aksi Liga 1 Indonesia dan aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Ini termasuk aksi membabitkan Central Coast Mariners dan Buriram United di Gosport pada 1 Oktober lalu.

Australia ketika ini mendahului 2-1 dengan perlawanan kini memasuki minit ke-54.

Advertisements