“5 Jaringan di Piala Malaysia Pencapaian Terbaik Saya” – Faisal Halim
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain lincah Terengganu FC Mohd Faisal Halim berhasrat untuk mencari jaringan seterusnya di gawang Sarawak pada aksi suku akhir kedua Khamis ini. Beliau juga meluahkan perasaan gembira kerana dapat membantu pasukan menempa kemenangan dalam setiap perlawanan.

Ketika perlawanan suku akhir pertama yang lalu, Gol yang dihasilkan Faisal itu disifatkan sebagai bertaraf dunia sekaligus meletakkan beliau selaku penjaring terbanyak tempatan dalam saingan Piala Malaysia 2021 ketika ini. Pemain yang berusia 23 tahun itu berjaya menghasilkan sebanyak 5 jaringan gol setakat ini dalam membantu Terengganu FC.

Dalam pada itu, Pemain muda berusia 23 tahun ini mengatakan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir beliau mengharapkan setiap pemain dapat menampilkan aksi yang cemerlang bertemu Sarawak dalam suku akhir kedua.

Advertisements

“Lima jaringan setakat ini adalah pencapaian terbaik saya dalam saingan Piala Malaysia, saya begitu gembira kerana dapat membantu pasukan melakar kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Saya harapkan aksi konsisten dapat dipamerkan bertemu Sarawak dalam misi untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Pemain sayap Terengganu FC, Mohd Faisal Halim berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke-17 permainan apabila rembatan kencang dari luar kotak penalti Faisal berjaya menewaskan penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee.

Advertisements

“Justeru jaringan awal penting bagi meniupkan semangat kami dan pada masa sama perlu elakkan daripada melakukan kesilapan yang boleh membawa padah kepada pasukan.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram