Dunia
Getty Images
Advertisements

Selepas senarai penjaga gol paling bernilai, Transfermarkt menyenaraikan pula beberapa pemain pertahanan kiri yang paling bernilai ketika ini. Rata-rata pemain ini masih belum mencapai umur 30 tahun kerana tipikal pemain pertahanan kiri perlu cergas fizikal dan berstamina tinggi bagi melibatkan diri dalam fasa bertahan mahupun serangan.

Berikut merupakan 5 pemain pertahanan kiri paling bernilai di dunia ketika ini:

shaw 5 Pemain Pertahanan Kiri Paling Bernilai Ketika Ini

5. Luke Shaw (€42 juta)

Advertisements

Musim lalu merupakan pemangkin bagi lonjakan nilai pasaran Luke Shaw ekoran prestasi cemerlangnya bersama Manchester United dan England. Walaupun musim ini prestasi beliau sedikit menurun, Shaw tetap dinilai pada harga pasaran yang tinggi iaitu €42 juta. Masih diusia 26 tahun, Shaw berpeluang menjadi pertahanan kiri terbaik dunia dalam beberapa tahun akan datang jika tampil konsisten.

4. Theo Hernandez (€48 juta)

Bekas pemain Real Madrid ini kembali menemui rentak cemerlang setelah menyertai AC Milan. Theo Hernandez berjaya menyumbang 4 gol serta 6 assist dalam 25 perlawanan Serie A musim ini. Theo Hernandez merupakan adik kepada Lucas Hernandez (Bayern Munich).

Advertisements

3. Ferland Mendy (€50 juta)

Tiba selaku pengganti Marcelo yang sudah berumur, Ferland Mendy perlahan-lahan beradaptasi dengan corak permainan Real Madrid. Dibeli dari Lyon dengan tag harga €48 juta, Mendy kini selesa menjadi taruhan utama Ancellotti selaku pemain pertahanan kiri pasukan.

2. Andrew Robertson (€65 juta)

Advertisements

Liverpool mendapatkan Andrew Robertson daripada Hull City dengan harga €9 juta sahaja pada tahun 2017. Kini, nilai Robertson mencecah €65 juta pada usia 28 tahun. Jurgen Klopp menilai gaya permainan Robertson jelas bersesuaian dengan taktikalnya lantas tanpa berfikir panjang terus mendapatkan pemain kelahiran Scotland itu walaupun pada awalnya para peminat sangsi dengan statusnya yang bukanlah pemain bintang.

  1. Alphonso Davies (€70 juta)

Baru berusia 21 tahun, Davies kini mendahului sebagai pemain pertahanan kiri paling bernilai ketika ini dengan nilai €70 juta. Memiliki larian yang pantas serta efektif dalam melepasi pihak lawan, Davies berjaya mencuri posisi pertahanan kiri Bayern Munich yang sebelum ini menjadi milik David Alaba.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram