Dunia
MFL
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 28 Sept – Penyokong pasukan Sri Pahang FC seperti tidak dapat lagi membendung rasa kecewa terhadap prestasi pasukan Tok Gajah musim ini yang dilihat sangat longlai dan membimbangkan.

Manakan tidak, mereka terpaksa menelan 5 kekalahan terakhir dalam Liga Super dan baru-baru ini memulakan Piala Malaysia dengan hambar selepas tewas 3-1 kepada Kuala Lumpur City FC. Ini menandakan 6 perlawanan terakhir mereka berakhir dengan kekalahan.

Pemain import silih berganti namun prestasi terkini pasukan Sri Pahang semestinya boleh dipersoalkan. Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh juga pernah menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi pasukannya selepas gagal menyempurnakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

Advertisements

Selepas kekalahan kepada KL City tempoh hari, ruangan komen media sosial Sri Pahang dibanjiri dengan #Dollahout. Ianya menandakan penyokong mahukan perubahan dalam kejurulatihan dan menganggap bahawa zaman gemilang Dollah Salleh bersama pasukan Tok Gajah sudah tamat.

Dollah Out 6 Kekalahan Berturut-Turut, Ruangan Komen Sri Pahang FC Dibanjiri #DollahOut
Ruangan komen di media sosial Sri Pahang FC dibanjiri dengan #Dollahout (Sumber: Sri Pahang FC)

Pasukan Sri Pahang bernasib baik pada musim ini selepas berjaya menduduki tangga ke-10 dari 12 pasukan dan terselamat dari penyingkiran walaupun hanya berbeza 2 mata dari pasukan yang tersingkir, Perak FC.

Adakah Dollah Salleh masih terselamat dari ‘direhatkan’ atau bakal menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan sejawatnya seperti Kurniawan Dwi Yulianto (Sabah FC), Frank Benhardt (UiTM FC) dan Chong Yee Fatt (Perak FC)? Kekal ataupun tidak bukanlah isunya namun satu perubahan perlu dilakukan supaya keputusan positif dapat dijelmakan untuk perlawanan mendatang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram