6 Negara Sudah Layak Ke Piala Dunia 2030
MakanBola
SEFutbol

Enam negara sudah layak ke Piala Dunia 2030.

Enam negara tersebut ialah Maghribi, Sepanyol, Portugal, Argentina, Uruguay dan Paraguay. Maghribi, Sepanyol dan Portugal layak selaku tuan rumah bersama kejohanan edisi tersebut.

Argentina, Uruguay dan Paraguay juga layak kerana mereka akan menjadi tuan rumah perlawanan istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-100 Piala Dunia.

Pengesahan ini menyaksikan Maghribi merealisasikan visi bergelar tuan rumah Piala Dunia yang diusahakan sejak tahun 90-an lagi. Mereka gagal membida hak tuan rumah untuk edisi 1994, 1998, 2006, 2010 dan 2026.

Usaha ini hanya menjadi kenyataan apabila Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi (FRMF) menyertai bidaan hak tuan rumah bersama Sepanyol dan Portugal pada 2023.

Susulan itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan ketiga-tiga negara menjadi tuan rumah untuk edisi 2030. Arab Saudi pula diumumkan sebagai tuan rumah untuk edisi 2034.

Lebih menarik, ini kali pertama Maghribi, Portugal dan Paraguay menjadi tuan rumah Piala Dunia. Argentina dan Sepanyol pula masing-masing menjadi tuan rumah buat kali pertama sejak edisi 1978 dan 1982.

Tumpuan dijangka tertumpu kepada Sepanyol. Selain sebagai tuan rumah, La Roja juga merupakan penyandang juara selepas bergelar juara edisi 2026.