Ads
8 Kelab Liga Super Lengkap Laporan FFP FIB
MFL
MFL

8 kelab Liga Super berjaya melangkapkan laporan FFP FIB Fasa Pertama Musim 2024/25.

Advertisements

Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) telah melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan yang diserahkan oleh semua kelab Liga Super sebelum tarikh akhir 16 Julai 2024.

Advertisements

Pemeriksaan serahan laporan kewangan kelab Liga Super adalah proses fasa pertama dalam pengenalan peraturan FFP dalam Liga Malaysia bermula musim 2024-2025.

Advertisements
Advertisements

Hasil pemeriksaan dokumen-dokumen laporan kewangan itu, FFP FIB mendapati lapan (8) kelab telah berjaya menyerahkan laporan kewangan pertama FFP dengan lengkap tanpa sebarang tunggakan gaji serta caruman KWSP, LHDN Perkeso dan EIS Perkeso setakat Jun 2024.

Namun begitu, terdapat dua (2) kelab yang tidak menghantar laporan kewangan pertama FFP pada tarikh akhir 16 Julai 2024 namun berjaya menyelesaikannya selepas diberikan lanjutan masa sehingga 31 Julai 2024 oleh pihak FIB FFP.

Advertisements

“Daripada pemeriksaan dokumentasi yang diserahkan kesemua kelab, didapati bahawa tiga (3) kelab mempunyai tunggakan gaji serta caruman KWSP, LHDN Perkeso dan EIS bagi bulan Mei dan Jun 2024.

“Dua (2) kelab lagi perlu menghantar dokumen kewangan tambahan.

“Kesemua kelab terbabit diarahkan oleh FFP FIB untuk menyelesaikan tunggakan dan menyerahkan dokumen kewangan tambahan sebelum tarikh akhir 15 Ogos 2024,” ujar satu kenyataan MFL.

Advertisements

Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kelab tersebut dikenakan sekatan perpindahan pemain pada jendela perpindahan akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram