8 Muka Baharu Perkuat Kem Harimau Malaya
Harimau Malaya
Khairul / MakanBola
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Seramai lapan muka baharu daripada pelbagai posisi iaitu Damien Lim, Sikh Izhan Nazrel, Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting, Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Feroz Baharudin dan Nooa Laine telah terpilih untuk menyertai kem kebangsaan kali ini.

Daripada 27 orang pemain yang dipanggil, ketua jurulatih dari Korea Selatan ini mengekalkan seramai 9 daripada 23 pemain yang telah membawa skuad Harimau Malaya mengharungi aksi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 tempoh hari.

Advertisements

Terdapat 11 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), 5 pemain daripada Sabah, 4 pemain daripada Selangor, 2 daripada Kedah Darul Aman dan seorang pemain daripada Sri Pahang, KL City, Buriram United dan SJK Seinajoki.

Seramai 13 pemain turut berada dalam senarai bersedia jika terdapat apa-apa perubahan daripada 27 pemain yang dipanggil ini.

Skuad Harimau Malaya diarah untuk melapor diri pada 18 Mac dan kem kebangsaan akan terus berkampung di Johor Bahru sebelum berdepan dua perlawanan antarabangsa.

Advertisements

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pertama adalah berdepan cabaran pasukan Turkmenistan pada Khamis, 23 Mac pada jam 10.00 malam dan menentang Hong Kong bagi aksi kedua pada Selasa, 28 Mac di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram