Advertisements
8 Negara Jadi Pilihan Kim Pan-gon Bentuk Formula Ke Piala Asia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal berdepan lapan perlawanan persahabatan menjelang aksi Piala Asia 2023.

Perkara tersebut dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan skuad kendalian Kim Pan-gon akan beraksi sebanyak enam perlawanan di venue Home manakala dua perlawanan Away.

Malaysia akan memulakan aksi persahabatan antarabangsa ini pada Mac berdepan Turkmenistan dan Kuwait atau Chinese Taipei di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Pada Jun pula, Malaysia bakal berdepan jaguh dari Timur Tengah, pasukan Yemen di Stadium Sultan Ibrahim. Syria atau Oman juga dijangka menguji skuad Harimau Malaya.

Pada bulan September 2023, skuad kendalian Kim Pan-gon akan terbang ke bumi Hong Kong dan berentap disana. Menurut Hamidin, Malaysia juga akan ke luar negara dengan berdepan pasukan Chinese Taipei, China, Jepun atau Uzbekistan di tempat lawan.

Kejohanan Pesta Bola Merdeka bakal diadakan semula. Tiga negara iaitu India, Lubnan dan Palestin sudah mendapat pengesahan sementara China masih dalam fasa perbincangan. Kejohanan ini akan diadakan pada Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kesemua aksi persahabatan ini bakal menjadi medan terbaik buat skuad kendalian Kim Pan-gon mencari keserasian serta momentum dalam pasukan. Kempen Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Januari 2024 di Qatar.