Habuan RM81 Juta Buat Aston Villa Jika Man City Juarai EPL
Dunia
Aston Villa
Advertisements

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa bakal menerima habuan lumayan sekiranya berjaya membantu Manchester City muncul sebagai juara liga musim ini.

Hal ini disebabkan ia berkait rapat dengan perpindahan yang telah berlaku pada musim panas lalu apabila The Citizens mengumumkan bahawa beliau sah mendapatkan khidmat Jack Grealish.

Kemas kini: Penyokong Aston Villa memohon maaf dan menafikan wujudnya release clause bernilai RM81 juta untuk Jack Grealish.

Advertisements

Walau bagaimapun, hal ini telah membuatkan jurulatih mereka, Steven Gerrard kini berada dalam dilema.

Hal ini disebabkan Gerrard seperti yang diketahui umum merupakan seorang lagenda Liverpool dan disayangi oleh para penyokong mereka.

Beliau akan memimpin pasukannya untuk menetang City yang kini sedang dalam perebutan takhta liga bersama Liverpool.

Advertisements

Aston Villa juga jelas beraksi tanpa tekanan memandangkan mereka kini tidak berdepan dengan penyingkiran dan tidak juga mempunyai peluang lagi untuk beraksi di Eropah.

Malah, para penyokong Liverpool juga sudah pasti berharap agar Gerrard mampu menghalang City sekaligus membuka ruang buat The Reds menjadi juara kali ini.

Bekas pemain tengah England itu juga sudah pasti tidak mahu anak buahnya mengambil pendekatan untuk beraksi secara bertahan disebabkan ganjaran yang bakal diterima pasukannya itu.

Advertisements

Hal ini disebabkan dalam kontrak Jack Grealish, Aston Villa bakal menerima habuan £15 juta (81 juta) seandainya beliau berjaya membantu City menjadi juara liga.

Ini sudah pasti meletakkan pengurus muda Aston Villa ini dalam dilema sama ada memilih untuk membantu bekas pasukannya atau sebaliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram