90 Minit Yang Digeruni Lawan – Ultras Malaya

ultras malaya 1 90 Minit Yang Digeruni Lawan - Ultras Malaya
Syafiq Freman @syafiqfreman
3:06am 26/06/2021

Kerinduan yang pasti sudah tidak dapat ditahan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira pangkat, agama, bangsa untuk turun ke stadium bersama-sama menyokong pasukan Harimau Malaya.

Video ini memaparkan 45 minit video penyokong bola sepak Malaysia yang digeruni oleh mana-mana pasukan lawan sekalipun termasuklah UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Sehinggakan sorakan penyokong Malaysia terutamanya dari Ultras Malaya menjadi perhatian dunia dan menerima pelbagai anugerah antarabangsa.

Stadium Bukit Jalil yang menjadi stadium “Keramat” Harimau Malaya acap kali menjadi saksi kemenangan mahupun aksi cemerlang pemain-pemain Malaysia dari pelbagai pasukan di Liga Malaysia.

Baca: Media Antarabangsa Iktiraf Viking Clap Piala FA

Semoga Covid-19 segera hilang dan kita kembali bersatu tidak kira dari negeri mana sekalipun kita datang.

Terima kasih Ultras Malaya, terima kasih Malaysia.