Abu Kamara: Kalau PDRM Boleh Skor 3, Kami Pun Sama
MFL
Kuching City FC
Advertisements

Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara tidak melihat kelebihan agregat tiga gol yang dimiliki PDRM FC pada aksi final kedua Challenge Cup sebagai satu isu.

PDRM meraih kelebihan tersebut selepas mengalahkan Il Gatto 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam aksi final pertama Challenge Cup.

Kesemua gol disumbang oleh Nabil Ahmad Latpi, Uche Agba dan Amir Saiful Badeli.

Advertisements

Dengan Kuching City beraksi di gelanggang sendiri untuk aksi final kedua, Kamara percaya pasukan yang dibimbing Aidil Sharin Sahak itu mampu bangkit dan menggondol kemenangan.

“Ia (kekalahan 3-0 kepada PDRM) merupakan sesuatu yang malang dan bukan mudah. Perlawanan sudah berakhir dan kita perlu fokus kepada perlawanan seterusnya.

Advertisements

“Inilah bola sepak dan kita tidak gembira (dengan kekalahan tersebut). Kita perlu kembali (ke Kuching), kembali perkemaskan rentak pasukan dan kembali bermain bola.

“Tapi sehingga perkara itu berlaku, jika mereka boleh jaringkan tiga gol, kita pun boleh jaringkan tiga gol. Jadi, kita perlu positif,” katanya kepada wartawan MakanBola, Faris Zukeiman.

Advertisements

Aksi final kedua Challenge Cup bakal berlangsung di Kuching esok dengan perlawanan bermula pada 8.15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram