Abu Kamara Peledak Berbisa Dalam Diam
Dunia
MFL
Advertisements

Penyerang berbisa Kuching City, Abu Kamara terus konsisten mencatat nama sebagai penjaring dalam kempen Liga Premier 2022.

Pemain yang berusia 25 tahun ini telah membantu Kuching City berpesta jaringan menewaskan Selangor II dengan keputusan 5-1. Beliau yang meledak hatrik memastikan tiga mata berjaya diraih Kuching City dalam pertembungan di Stadium MBPJ pada semalam.

Setakat sembilan perlawanan, Abu Kamara cemerlang meledak sebanyak tujuh gol. Beliau turut mencatat sebanyak lima bantuan gol dalam kempen Liga Premier musim ini. Satu jaringan juga berjaya diraih Abu Kamara dalam saingan Piala FA tempoh hari.

Advertisements

Kesungguhan yang dipamerkan pemain dari Liberia ini telah membantu Kuching City berada di kedudukan empat dalam carta liga. Setakat sembilan perlawanan, pasukan bimbingan Irfan Bakti ini berjaya mengumpul sebanyak 17 mata.

Pasukan Kuching City FC kini berada dalam kondisi terbaik dan memiliki peluang yang cerah untuk terus mencabar kedudukan liga demi memburu slot ke Liga Super 2023, musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram