Ads
ACL
ACL

Kelab Iraq, Air Force Club berjaya meraih tiga mata pertama ACL dengan mengalahkan kelab Uzbekistan, AGMK dalam aksi kedua Kumpulan C.

Advertisements

Selepas tewas 3-0 kepada kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad, The Miners berharap dapat meraih kemenangan pertama hari ini. Manakala The Falcons pula mahu menambah koleksi tiga mata selepas mengikat kelab Iran, Sepahan 2-2 pada aksi pertama.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Air Force Club bermula garang. Gawang tuan rumah bocor seawal minit kedua menerusi penyerang muda Ali Jasim.

Advertisements

Advertisements

AGMK cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi barisan pertahanan The Falcons diketuai Bakary N’Diaye memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Miners terus dirundung malang. Mereka makin ketinggalan apabila Sanzhar Tursunov menjaringkan gol sendiri pada minit ke-48.

Advertisements

AGMK membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat merapatkan jurang. Hasilnya, Siavash Hagh Nazari merapatkan jurang dengan gol pada minit ke-81.

Keadaan ini sedikit sebanyak mencemaskan pelawat tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini melonjakkan Air Force Club sebagai pendahulu Kumpulan C untuk seketika dengan empat mata. Manakala The Miners pula terus berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Advertisements

Kedudukan ini boleh saja berubah sekiranya Al-Ittihad meraih kemenangan kedua ke atas Sepahan tengah malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram