ACL: BG Pathum Gah Ke Suku Akhir Tewaskan Kitchee
Dunia
BG PATHUM UNITED
Advertisements

Aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) peringkat 16 pasukan akhir hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan BG Pathum United menentang Kitchee SC. Wakil dari Thailand, BG Pathum United melakar kemenangan bergaya menewaskan pasukan dari Hong Kong, Kitchee SC dengan keputusan 4-0.

Jaringan pertama perlawanan hadir pada minit ke-34 permainan menerusi pemain sensasi Thailand, Worachit Kanitsribampen. Worachit berjaya meloloskan diri daripada benteng pertahanan Kitchee sekaligus  menyumbat masuk bola ke gawang lawan. 

Lima minit selepas jaringan pertama terhasil, rembatan kencang penyerang berbakat Singapura, Ikhsan Fandi Ahmad terus meletakkan BG Pathum selesa mendahului di hadapan. Percubaan dari luar kotak penalti menerusi Ikhsan gagal diselamatkan penjaga gol Kitchee, Wang Zhenpeng.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan BG Pathum mendahului perlawanan, 2-0. 

Babak kedua permainan bermula dengan banyak serangan terus direncanakan BG Pathum ke gawang lawan. Para pemain BG Pathum dilihat terus bertenaga untuk menambah jaringan.

Percaturan pengendali BG Pathum, Makoto Teguramori yang memasukkan penyerang berbisa,  Diogo Luis Santo membuahkan hasil apabila pada minit ke-68 permainan, lorongan Diogo telah membuka ruang buat Teerasil Dangda meledak.

Advertisements

Tidak cukup dengan itu Chatmongkol Thongkiri melengkap hari gemilang BG Pathum dengan jaringan pada minit ke-87 permainan sekaligus mengesahkan kemaraan pasukan BG Pathum United ke aksi akhir Liga Juara-juara AFC 2022 (Zon Timur) yang bakal dilangsungkan pada 22 Ogos ini. Perlawanan tamat dengan keputusan, BG Pathum 4-0 Kitchee SC. 

Untuk makluman, aksi separuh akhir ACL pula bakal diadakan pada 25 Ogos 2022 sementara perlawanan akhir saingan ACL yang menemukan juara Timur dan Barat pula dijadualkan pada tahun hadapan, 19 & 26 Februari 2023 (2 pusingan).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram