ACL 2022: Hariss Harun Dedah Punca Utama Lion City Sailors Dibelasah Urawa Red
Dunia
Lion City Sailors
Advertisements

Tahun ini merupakan kali pertama kelab dari Singapura, Lion City Sailors beraksi di kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Mereka layak ke kejohanan berprestij di Asia itu selepas menjuarai Liga Singapura musim lalu.

Namun begitu, Sailors gagal memberikan impak yang terbaik dalam ‘debut’ ACL menentang kelab ternama Jepun, Urawa Red Diamonds. Mereka mudah dibelasah 1-4 kepada Urawa dalam perlawanan yang dilangsungkan di Thailand pada Sabtu.

Walaupun memulakan perlawanan dengan menurunkan keempat-empat pemain import mereka iaitu Kim Shin-Wook, Maxime Lestienne, Pedro Henrique dan Diego Lopes, namun mereka dilihat terkejut dengan kepantasan corak permainan yang ditampilkan Urawa.

Advertisements

Bagi kapten Sailors, Hariss Harun, beliau menganggap pasukan Lion City Sailors masih lagi ‘mentah’ dari segi pengalaman untuk beraksi di peringkat tertinggi di Asia ini.

“Kita perlu lebih tenang dalam permainan ini. Kami sedikit gementar dan tidak dapat meneruskan permainan pada permulaan permainan.

“Namun begitu, saya yakin apabila kita lebih banyak kami bermain di peringkat ini, pasti lama kelamaan akan terbiasa dengannya (beraksi di ACL).” jelas Hariss kepada ST.

Advertisements

Selepas kekalahan kepada Urawa Red ini, mereka akan meneruskan aksi ACL dengan bakal menentang kelab ternama dari Korea, Daegu FC esok sebelum menutup aksi peringkat kumpulan dengan menentang kelab China, Shandong Luneng pada 21 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram