ACLE: Carta Kedudukan Selepas Tamat Aksi Pertama Zon Timur
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kedudukan carta AFC Champions League Elite (ACLE) menjadi tumpuan peminat selepas berakhirnya perlawanan minggu pertama.

Saingan ACLE 2026-2027 membuka tirainya minggu ini dengan 16 kelab terbaik di rantau Asia Timur dan Barat berjuang membawa misi mustahak untuk memulakan aksi dengan langkah kanan bagi mencerahkan harapan ke pusingan kalah mati.

Tumpuan peminat negara pastinya terarah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang membawa harapan Malaysia di pentas ACLE bagi bersaing menentang 15 lagi kelab di rantau Asia Timur demi mengulangi pencapaian hebat pada musim lalu.

Minggu pertama menyaksikan JDT terpaksa akur berkongsi mata bersama jaguh Thailand, Buriram United selepas terikat seri 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan Oscar Arribas dan Stefan Schimmer di separuh masa pertama.

Keputusan seri tersebut meletakkan JDT di tangga kesembilan dalam carta ACLE Zon Timur dengan mengutip cuma satu mata setelah kesemua lapan perlawanan dilangsungkan berkongsi mata bersama Buriram United ketika ini.

Dua kelab dari Jepun, Kashima Antlers dan Gamba Osaka menerajui carta ACLE Zon Timur hasil kemenangan bergaya 7-1 serta 4-1 yang dicatatkan ke atas lawan masing-masing sekali gus membuka kempen dengan penuh garang.

5 lagi kelab turut melakar kemenangan dalam aksi minggu pertama ini iaitu Shanghai Port, Beijing Guoan, Jeonbuk Hyundai, Vissel Kobe dan Daejeon Hana untuk berada di kedudukan ketiga hingga ketujuh dalam carta ACLE Zon Timur.

Malang buat 8 pasukan yang memulakan kempen ACLE dengan langkah kiri antaranya Port FC, Kashiwa Reysol, Kyoto Sanga, Ratchaburi, Cong An Ha Noi, Pohang Steelers dan Newcastle Jets yang berada di kelompok bawahan.

Aksi minggu kedua bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober hadapan dengan JDT dijadualkan terbang ke Korea Selatan bagi menentang Pohang Steelers di gelanggan lawan pada jam 6 petang waktu Malaysia.