“Ada Sebab Terengganu Iringi JDT Ke Asia”
AFC Cup
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Persembahan yang ditonjolkan oleh wakil Malaysia di Asia, Terengganu FC meraih perhatian pemain berpengalaman yang beraksi buat kelab Filipina, Stallion Laguna.

Menerusi satu kenyataan pada pra perlawanan tenpoh berdepan Terengganu tempoh hari, pemain yang dimaksudkan ialah kapten pasukan Stallion Laguna, Mattew Nierras yang mengagumi kekuatan pasukan Pantai Timur itu.

Advertisements

“Apabila kami melihat Terengganu berjaya menewaskan Central Coast Mariners, kami semua terdiam. Bapa saya beritahu bahawa kami perlu terus belajar.”

Pemain berusia 30 tahun itu mengakui JDT merupakan satu pasukan yang cukup berkualiti dari Malaysia tetapi Terengganu juga tidak boleh dipandang rendah.

Advertisements
@fariszukeiman

KL City cuba mencari jalan terbaik selesaikan kemelut pasukan. 🥲✍️ Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #ligasupermalaysia #KLCity #KhalidSamad

♬ original sound – faris.z – faris.z

“Kami melihat kamu beraksi dan setelah itu kami menyedari bahawa Stallion berdepan pasukan yang hebat di AFC. Semua orang tahu tentang JDT tetapi sudah pasti ada sebab Terengganu berada di sini,” jelasnya pada sesi sidang media tersebut.

Advertisements

Keputusan bagaimanapun tidak memihak kepada tuan rumah di Gong Badak apabila dipaksa bekerja keras sebelum seri dengan keputusan 2-2.

Terengganu yang ketinggalan dengan dua jaringan dipaksa bekerja keras sebelum tandukan penyerang berbisa, Adisak Kraisorn pada masa kecederaan telah menyelamatkan maruah pasukan.

Advertisements

Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner akan beraksi di laman sendiri pada esok hari berdepan KL City bagi menempah tiket ke final Piala Malaysia 2023 sebelum terbang ke Stallions bagi aksi Piala AFC.

News Comments Account