Ads
Piala Malaysia
Terengganu FC

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 di antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC pada Jumaat ini (3 November) sudah pasti menjadi perhatian ramai.

Advertisements

Peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan untuk mara ke pentas akhir memandangkan agregat tipis 2-1 yang memihak Terengganu masih belum selamat.

Advertisements

Demi memeriahkan perlawanan separuh akhir itu, pihak pengurusan Terengganu telah menyeru kepada penyokong yang hadir supaya ikut serta dalam merancakkan suasana dengan beberapa cadangan yang sangat bernas.

Advertisements

Advertisements

Antara perancangan menarik yang dicadangkan pihak pengurusan adalah agar semua penyokong yang hadir dapat mengangkat bendera Palestin ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Ianya adalah simbolik solidariti terhadap kesengsaraan rakyat di bumi Palestin.

Selain mengangkat bendera Palestin, pihak pengurusan Terengganu juga akan menempatkan tabung derma Palestin di setiap pintu masuk stadium. Kutipan akan dilakukan oleh Jabatan Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera.

Advertisements

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Terengganu FC di laman sosial rasmi mereka. Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata penyokong memuji usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan yang dianggap berani.

Advertisements

Pada aksi separuh akhir pertama, Terengganu mencipta kejutan apabila menewaskan KL City di Stadium KLFA Cheras dengan keputusan 2-1. Agregat tipis itu dianggap masih belum selamat lebih-lebih lagi KL City mendapat semula khidmat pemain-pemain utama mereka seperti Paulo Josue dan Romel Morales.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram