Ada Tangan Ghaib Nak Buang Stanley Bernard Dari KL City
Dunia
KL CITY FC
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, YB Khalid Samad menyelar tindakan orang lain (tangan ghaib) dan sesiapa sahaja yang masuk campur menganggu displin dan kerjasama dalam pasukan.

Khalid mengakui jika beliau meletak jawatan, ada tangan ghaib yang mahukan Stanley Bernard dibentikan dari KL City. Dikhabarkan, walaupun berbelanja dengan cermat dalam penggajian KL City dilihat juga ada masalah kewangan.

Sudah tentu Bojan juga akan berhenti kerana bagi Khalid mereka sangat serasi mengendali Kuala Lumpur City FC sehingga mencapai ke tahap seperti yang dilihat sekarang.

Advertisements

“Saya kekal sebagai presiden untuk menentukan tiada campur tangan oleh ahli politik atau ahli perniagaan yang akan merosakkan disiplin dan kerjasama (teamwork) pasukan.”

“Pengurusan baharu yang dicadangkan sekiranya saya meletak jawatan, telah menyatakan secara jelas mereka inginkan Stanley (Bernard) dihentikan,” katanya.

“Sekiranya Stanley dihentikan, Bojan (Hodak) akan berhenti kerana mereka merupakan gandingan yang baik. Ianya Stanley yang telah membawa Bojan balik dari Croatia untuk menjadi jurulatih utama Kuala Lumpur City,” katanya.

Advertisements

Kuala Lumpur City bakal menentang kelab dari Oman, Al-Seeb Club dalam saingan akhir Piala AFC 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram