Advertising
Adik Perempuan Hadin Azman Hilang
MakanBola
NSFC/HA

Adik perempuan tonggak Negeri Sembilan FC, Hadin Azman dilaporkan hilang sejak 26 Februari lalu.

Berdasarkan hebahan di media sosial, adik beliau iaitu Nur Khalisya kali terakhir dilihat di depan Sekolah Menengah Convent, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Ad

Remaja berusia 16 tahun itu dilaporkan memakai kemeja T rumah sukan berwarna biru, seluar trek hitam dan tudung sekolah berwarna putih.

Ad

Hadin memaklumkan beliau masih belum menerima perkhabaran tentang adik perempuannya itu. Ini kerana hari ini merupakan hari ke-11 kehilangan Nur Khalisya.

“Status 5 Mac 2025. Dah masuk hari kesembilan tapi kami masih tidak menerima sebarang berita keberadaan adik (Nur Khalisya).

Ad

“Kami hanya mampu menunggu dengan sabar dan cemas untuk berita daripada polis. Di bulan yang mulia ini, kami mohon doa agar adik selamat pulang dengan segera,” katanya di Instagram Story.

Ad

Ahli keluarga dan kenalan Hadin turut memuat naik poster Nur Khalisya di media sosial. Orang ramai yang menemui remaja berkenaan boleh menghubungi 014-628 1974 atau membawanya ke balai polis berhampiran.

Ad

Selepas perkongsian Hadin dimuat naik ke media sosial, ramai yang berkongsi maklumat poster Nur Khalisya. Ini termasuk wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments