Advertisement
AFC Asian Cup: Qatar Pasukan Pertama Ke Pusingan Kalah Mati
Asia
MakanBola
Qatar FA

Tuan rumah Piala Asia 2023 yang juga juara bertahan, Qatar mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir selepas menang tipis 1-0 ke atas Tajikistan semalam.

Akram Afif menjadi wira Qatar apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-17 sekali gus menggembirakan ribuan penonton yang hadir ke Stadium Al Bayt.

Gol yang dihasilkan Akram Afif itu menjadikan beliau kini merupakan penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan 3 gol.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan di peringkat kumpulan, Qatar sudah melangkah ke pusingan 16 terakhir selepas 6 mata berjaya dikutip dari dua kemenangan di Kumpulan A yang berjaya dicipta.

Untuk rekod, Qatar merupakan juara bertahan kejohanan selepas memenanginya pada edisi 2019 selepas menumbangkan Jepun 3-1 di pentas akhir.

Satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan China dan Lubnan terikat tanpa jaringan. Keputusan seri itu merupakan keputusan seri kedua buat China di Piala Asia 2023.

Terdahulu, China juga telah diikat tanpa jaringan oleh Tajikistan pada aksi sulung kedua-dua pasukan di Piala Asia.