AFC eAsian Cup: Indonesia Muncul Juara Asia, Tewaskan Jepun
UltraSukan
AFC Asian Cup
Advertisements

Pasukan e-sukan Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara edisi sulung AFC eAsian Cup.

Ini selepas mereka mengatasi wakil Asia Timur, Jepun dalam aksi final yang diadakan di Virtuocity eSports Arena, Doha semalam.

Perlawanan final ini dinantikan ramai peminat e-sukan kedua-dua negara kerana kedua-dua pasukan sebelum ini bertembung di peringkat kumpulan.

Advertisements

Pertembungan Indonesia-Jepun menyaksikan Indonesia mengalami kekalahan tunggal mereka dalam kejohanan tersebut.

Perlawanan final pertama menyaksikan Jepun menguasai perlawanan dengan wakil Asia Tenggara itu bergelut mencari ruang menembusi gawang lawan.

Advertisements

Dominasi tersebut gagal dimanfaatkan Jepun dengan Indonesia kemudiannya mendahului pada minit ke-80.

Jepun mengikat kedudukan 1-1 untuk mengheret perlawanan pertama ke masa tambahan. Selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol, perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Tuah tidak memihak wakil Asia Timur itu apabila Indonesia berjaya merekodkan kemenangan 3-2.

Kemenangan itu memberi keyakinan kepada pasukan e-sukan Indonesia yang dianggotai Rizky Faidan, Akbar Paudie, dan Elga Cahya untuk mendapatkan kemenangan dalam aksi final kedua.

Advertisements

Bagaimanapun, Jepun berusaha menghidupkan sisa perjuangan dengan mengikat Indonesia tanpa jaringan sehingga tamat 90 minit perlawanan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kegagalan Jepun menjaringkan gol membuka ruang kepada Indonesia meraih kemenangan pada minit ke-100 menerusi gol sepakan percuma yang menerjah jaring mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram