Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjanjikan akan memantau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama 2 tahun.
Pada 4 Jun 2026, Khamis, FAM telah mengadakan satu Kongres Luar Biasa di sebuah hotel termuka yang bertempat di Petaling Jaya.
Kongres tersebut menyaksikan kesemua 18 ahli gabungan sebulat suara meluluskan pindaan Statut FAM yang dicadangkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Sebelum ini, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John memaklumkan sekiranya ada ahli gabungan yang tidak bersetuju dengan statut yang dikemukakan, statut tersebut akan diundi bagi mendapatkan kelulusan. Mereka juga harus menyuarakan pendapat dan cadangan alternatif berhubung statut yang dibantah.
Ini kerana setiap pindaan statut yang dikemukakan ada justifikasi tersendiri. Justeru, ahli gabungan harus menjelaskan mengapa syor lebih sesuai berbanding saranan yang dikemukakan oleh AFC.
Menurut Windsor, AFC akan memantau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama 2 tahun bagi memastikan kestabilan pengurusan tersebut.
“Saya rasa apa yang beliau maksudkan ialah kita akan terus memantau dan membuat susulan terhadapnya selama dua tahun. Sepanjang tempoh dua tahun itu, kita memang telah menyediakan laporan perkembangan secara berkala. Saya rasa beliau mengatakan bahawa laporan tersebut perlu dihantar setiap suku tahun. Maksudnya, setiap tiga bulan sekali,” kata beliau ketika sesi sidang media Kongres Luar Biasa pada Khamis.