AFC Sahkan Tiada Perubahan Venue, Kekal Beraksi Di SNBJ
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa dua perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil akan tetap berlangsung seperti yang dijadualkam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John yang memaklumkan tiada perubahan venue atau tarikh dengan kedua-dua aksi antara Bahrain dan Turkmenistan serta Malaysia dan Bangladesh akan tetap dijalankan di venue yang sama.

“Tiada pertukaran venue, kedua-dua perlawanan akan bermain seperti biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi Sukan Sinar hari ini.

Advertisements

Beliau mengulas perkara tersebut selepas ditanya adakah terdapat pertukaran venue atau perubahan waktu perlawanan, susulan isu padang Stadium Nasional yang ditakungi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu lepas.

Baru-baru ini juga tular beberapa individu yang dilihat menggunakan penyodok dan kadbod, untuk mengeluarkan air yang bertakung sekali gus menjadi perhatian netizen selepas melihat insiden itu.

Malah, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dan pengendali Bahrain Helio Sousa turut mengakui permukaan padang pada malam itu menjejaskan rentak pasukan untuk mempamerkan kualiti permainan terbaik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram