Ads
Asia
AFP/GettyImage

Timbalan Setiausaha Agung Bola Sepak Asia (AFC), Shin Mon Gil menyatakan bahawa AFC sudah bersedia membantu bola sepak Indonesia bangkit susulan menjadi perhatian dunia berkenaan tragedi Kanjuruhan pada 1 Oktober yang lalu.

Advertisements

Beliau tidak mahu perkara ini berulang kembali dan mahukan perlawanan bola sepak di Indonesia beroperasi seperti biasa supaya penyokong dan semua orang boleh menyaksikannya tanpa sebarang gangguan.

Advertisements

Menurut Shin, sebagai anggota penting AFC, PSSI bakal mendapatkan bantuan yang mencukupi dalam usaha membangkitkan semula prestasi bola sepak Indonesia yang tercemar akibat daripada kejadian tersebut.

Advertisements

Advertisements

Shin juga tidak lupa memberikan ucapan takziah AFC bagi kejadian yang menyebabkan 132 orang meninggal dunia dan ratusan yang lain dimasukkan ke hospital. Perkara ini telah dikongsikan di laman Facebook Sepakbola Indonesia Fansbook.

“Kami menawarkan bantuan berterusan kepada PSSI dan pertandingan bola sepak Indonesia,” ujarnya.

Advertisements
Advertisements

“AFC tidak mahu kejadian serupa berulang dalam pertandingan bola sepak. Kami mahukan pertandingan bola sepak di Indonesia kembali berjalan dengan baik dan boleh dinikmati tanpa isu keselamatan,” kata Shin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram