AFC U-23 Asian Cup: 2 Kad Merah ‘Bantu’ Qatar Tumbangkan Indonesia
Asia
Qatar FA
Advertisements

Indonesia ditewaskan Qatar dalam aksi saingan Kumpulan A, Piala Asia B23 2023 yang berlangsung di Stadium Jassim Hamad hari ini.

Qatar turun dengan membariskan barisan ampuh sebagai tuan rumah dibawah kendalian pengendali dari Portugal, Ilidio Vale. Skuad Garuda pula mempertaruhkan Ernando Ari di benteng terakhir sebagai penjaga gawang pasukan.

Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada Qatar. Pengadil perlawanan telah memberikan sepakan penalti buat Qatar selepas kapten Indonesia, Rizky Ramadhani dikesan mengasari pemain lawan.

Advertisements

Sepakan penalti itu mudah disempurnakan penyerang sensasi Qatar, Khalid Ali Sabah.

Bermula aksi di separuh masa kedua, malang terus menimpa Indonesia selepas Ivan Jenner dilayangkan kad kuning kedua sekaligus memaksa anak buah Shin Tae-yong beraksi dengan sepuluh orang pemain. 

Kelebihan itu pantas dimanfaatkan Qatar untuk jaringan kedua perlawanan pada minit ke-54 permainan menerusi sepakan percuma. Percubaan cantik Ahmed Al-Rawi menerjah jaring dan gagal diselamatkan penjaga gol Indonesia, Ernando Ari.

Advertisements

Di babak masa tambahan, giliran pemain gantian Indonesia iaitu Ramadhan Sananta pula dilayangkan kad merah. Pengadil perlawanan menganggap terjahan terhadap Mohamed Aiash sebagai kekasaran yang keras sekaligus memaksa Indonesia akur menamatkan aksi dengan sembilan orang pemain.

Aksi pertama buat kedua-dua pasukan ini tamat dengan kemenangan memihak pasukan tuan rumah. Qatar berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Qatar akan meneruskan kempen Kumpulan A berdepan Jordan sementara Indonesia akan beraksi menentang Australia pada Khamis, 18 April 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram