AFCON: Ivory Coast Julang Kejuaraan, Bangkit Atasi Nigeria
Eropah
CAF Online
Advertisements

Ivory Coast bangkit menjulang takhta ‘raja’ Afrika setelah menumbangkan Nigeria dalam aksi final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Kedua-dua pasukan menampilkan barisan terkuat mereka dengan misi mahu bergelar raja bola sepak di rantau Afrika untuk edisi kali ini.

Di permulaan aksi, Nigeria lebih garang dengan corak serangan lebih tersusun sekaligus membuahkan hasil apabila kapten pasukan, William Troost-Ekong memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-38.

Advertisements

Jaringan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama menyaksikan Nigeria mendahului 1-0 ke atas Ivory Coast.

Di separuh masa kedua, Ivory Coast yang juga tuan rumah kejohanan dwitahunan ini segera bangkit memperkemas jentera serangan mereka.

Bekas pemain tengah AC Milan, Franck Kessie berjaya menyamakan kedudukan 1-1 buat Ivory Coast menerusi tandukan berpunca daripada sepakan penjuru pada minit ke-62.

Advertisements

Sembilan minit sebelum aksi tamat, suasana di Stadium Olimpik Alassane Ouattara bergema sekali lagi apabila Sebastian Haller cemerlang meledak gol kemenangan 2-1 buat pasukan tuan rumah.

Nigeria cuba melakukan kejutan di saat akhir namun semuanya sudah terlambat setelah tujuh minit masa tambahan diberikan gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Tamat perlawanan, Nigeria 1-2 Ivory Coast.

Advertisements

Dengan kemenangan ini menyaksikan Ivory Coast menjulang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika buat kali ketiga dalam sejarah dengan kali The Elephants bergelar juara pada edisi 2015 di Equatorial Guinea.

Lebih manis, kejuaraan ini disaksikan sendiri puluhan ribu penyokong yang hadir ke stadium dan diserahkan oleh pemain legenda Ivory Coast, Didier Drogba.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram