AFF U19: Laos Lakar Kejutan Tewaskan Thailand Untuk Ke Final
Dunia
changsuek
Advertisements

Perlawanan separuh akhir Piala AFF Bawah 19 (B-19) ini menemukan pasukan Laos dan Thailand. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-0 memihak pasukan Laos dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi sebentar tadi.

Gol-gol Laos dijaringkan oleh Peeter Phantavong dan Damoth Thongkhamsavath.

Perlawanan dimulakan dengan Thailand lebih menguasai perlawanan di awal permainan. Namun begitu Laos terlebih dahulu dihadapan seawal minit ke-8 perlawanan melalui Peteer selepas menyambar bola di hadapan gol hasil sepakan sudut. Laos mendahului Thailand 1-0.

Advertisements

Tersentak dengan gol Laos itu, Thailand cuba mengatur serangan untuk mendapatkan gol penyamaan namun pertahanan Laos dilihat berdisiplin dalam mengekang asakan barisan serangan Thailand.

Thailand hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-42 namun tandukan Nattakit Butsing sedikit tersasar ke sisi gawang Laos. Kakana Khamyok juga berpeluang menjaringkan gol selang 2 minit selepas itu namun remabatannya juga tersasar.

Separuh masa pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal memihak Laos 1-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan Thailand meneruskan penguasaan bola dengan gerak-gerak serangan dan saling bertukar hantaran-hantaran pendek. Namun begitu kredit perlu diberikan kepada pemain Laos yang pantas merapati pemain Thailand untuk memberikan tekanan.

Walaupun menguasai penuh perlawanan, pemain Thailand dilihat buntu untuk mendapatkan gol penyamaan. Segala usaha mereka berjaya dibaca oleh barisan pemain Laos.

Ketika para pemain Thailand sibuk melancarkan serangan, secara tiba-tiba Laos berjaya menambah jaringan pada minit ke-85 melalui Damoth Thongkhamsavath yang merembat deras selepas memperdaya pertahanan Thailand sekaligus menggandakan kedudukan menjadi 2-0 memihak Laos.

Advertisements

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal 2-0 dan kemenangan menjadi milik pasukan Laos sekali gus layak ke pentas akhir. Laos akan berhadapan Malaysia di pentas akhir yang dijadualkan pada 15 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram