AFF U19: Laos Tewaskan Malaysia Untuk Jadi Juara Kumpulan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Aksi Malaysia Bawah 19 diteruskan dengan perlawanan menentang Laos sebagai aksi akhir kumpulan. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi itu, skuad Laos berjaya menewaskan pasukan Malaysia dengan keputusan 1-0.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain Laos, Sangvillay.

Di awal perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk mengawal bahagian tengah dengan bola kerap hilang dari kawalan dengan tempoh yang sangat singkat.

Advertisements

Pasukan Malaysia mempunyai peluang keemasan untuk mendahului pada mini ke-27 namun sepakan ‘overhead’ Najmudin Akmal berjaya ditepis penjaga gol Laos.

Selepas percubaan tersebut, kedua-dua pasukan gagal melancarkan serangan merbahaya dan mengakhiri separuh masa pertama dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Malaysia melakukan beberapa pertukaran dalam usaha untuk mendapatkan gol yang diharapkan.

Advertisements

Namun begitu, sebaliknya berlaku apabila Laos berada di hadapan melalui sepakan penalti Sangvillay pada minit ke-68 untuk menjadikan kedudukan 1-0 memihak Laos. Sepakan penalti tersebut dihadiahkan selepas Faiz Amer mengasari penyerang Laos.

Ketinggalan satu gol, pasukan Laos dilihat terus menguasai perlawanan dengan saling bertukar hantaran-hantaran pendek manakala pasukan Malaysia dilhat terus bergelut malah hantaran-hantaran pendek yang dilakukan juga tidak tepat kepada rakan.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal memihak Laos dengan keputusan 1-0 sekaligus Laos mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan B. Selepas ini, kedua-dua pasukan akan meneruskan aksi di pusingan separuh akhir dengan Laos akan berhadapan Thailand manakala Malaysia akan menentang Vietnam.

Advertisements

Perlawanan separuh akhir akan dilangsungkan pada 13 Julai ini manakala perlawnaan akhir akan dilangsugkan pada 15 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram