AFF U19: Malaysia Diikat Singapura Tanpa Jaringan
Dunia
Singapore FA
Advertisements

Pasukan bawah 19 tahun Malaysia diikat Singapura 0-0 di Kompleks Sukan Gelora Bong Karno dalam aksi perlawanan ke-2 Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun 2022 (AFF U19).

Walaupun menguasai serangan, Malaysia gagal memperoleh sebarang jaringan pada separuh masa pertama dan berkesudahan 0-0 buat kedua-dua pasukan untuk 45 minit pertama.

Bersambung babak ke-2, Malaysia memperkemas serangan dan beberapa kali membuat asakan dari sebelah tepi namun tiada sebarang jaringan berjaya diperoleh oleh kedua-dua pasukan.

Advertisements

Malaysia kini di tangga teratas Kumpulan B dengan 4 mata selepas 2 perlawanan dengan 1 kemenangan dan 1 keputusan seri.

Dalam aksi sebelum ini Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan tipis 2-1 atas pasukan Kemboja menerusi jaringan Najmudin Akmal dan Haiqal Haqeemi Hairi.

Malaysia bakal bertemu Timor Leste pada Sabtu (9 Julai) ini dan Laos pada Isnin (11 Julai) ini di Jakarta bagi melengkapkan jadual Kumpulan B, Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram