AFF U19: Malaysia Juara Selepas Tewaskan Laos Di Final
Dunia
Advertisements

Perlawanan akhir Piala AFF Bawah 19 tahun ini menemukan Malaysia dan Laos. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia selepas menumbangkan Laos 2-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi sebentar tadi.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Faiz Amer dan Aliff Izwan

Perlawanan dimulakan dengan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan melancarkan serangan untuk mendapatkan gol awal namun benteng kedua-dua pasukan dilihat berdisiplin dalam mempertahankan kubu mereka.

Advertisements

Keadaan padang juga agak becak dan ianya sekali gus mengganggu kelancaran dari segi pergerakan bola.

Pemain sayap kanan Malaysia Najmudin Akmal terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-12 dkerana mengalami kecederaan dan tempat beliau digantikan oleh Haykal Danish.

Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mendahului apabila seawal minit ke-14, Faiz Amer berjaya meletakkan Malaysia di depan selepas menyambar sepakan percuma yang diambil oleh Alif Izwan. Malaysia mendahului Laos 1-0.

Advertisements

Tersentak dengan gol Malaysia, Laos cuba mengatur serangan namun kelihatan benteng pertahanan Malaysia dilihat sangat berdisiplin untuk mematahkan serangan Laos.

Laos hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil kekalutan di hadapan gawang namun Syahmi Adib berjaya menyelamatkan gawang.

Separuh masa pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan memihak Malaysia 1-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Malaysia meneruskan penguasaan bola dan pada minit ke-60 hampir menggandakan kedudukan sekali lagi melalui Faiz Amer namun percubaannya melambung tinggi.

Penjaga gol Malaysia, Syahmi Adib agak sibuk dalam separuh masa kedua selepas beberapa kali menyelamatkan gawang gol dari dibolosi Laos.

Aliff Izwan akhirnya berjaya menambah gol buat Malaysia pada minit ke-75 selepas menyambar peluang terhidang di dalam kotak penalti.

Advertisements

Serangan Malaysia berterusan apabila Haykal Danish hampir menggandakan jaringan pada minit ke-80 namun percubaannya sedikit tersasar.

Wisel penamat akhirnya ditiup dan Malaysia menjulang Piala AFF B-19 selepas menewaskan Laos dengan keputusan 2-0. Pencapaian ini sekali gus menyaksikan Malaysia mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lepas iaitu pada tahun 2018.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram