AFF U19: Malaysia Mara Ke Final Belasah Vietnam
Dunia
Advertisements

Perlawanan separuh akhir Piala AFF Bawah 19 (B-19) ini menemukan Vietnam dan Malaysia. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-0 memihak pasukan Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi sebentar tadi.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Adam Farhan, Haiqal Haqeemi dan Haykal Danish.

Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan cuba menguasai perlawanan dengan hantaran-hantaran pendek bermula dari barisan pertahanan. Namun perlawanan dilihat lebih dikuasai pasukan Vietnam yang sangat selesa dengan bola.

Advertisements

Pasukan Malaysia pula mempamerkan disiplin bertahan dengan baik sekali dan berjaya menggagalkan beberapa gerak serangan dari pemain Vietnam.

Malaysia yang jarang-jarang mengasak ke kubu Vietnam akhirnya berjaya dihadapan pada minit ke-27 selepas Adam Farhan merembat deras dari luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 1-0 memihak Malaysia.

Tersentak dengan gol tersebut, Vietnam menggandakan asakan dengan gerak serangan mereka tertumpu di bahagian sayap namun barisan pemain Malaysia cemerlang mematahkan serangan Vietnam.

Advertisements

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama untuk memberikan kelebihan buat pasukan Malaysia.

Bersambung babak kedua, Vietnam meneruskan penguasaan bola dengan baik sekali dan Malaysia meneruskan corak permainan bertahan dan dilihat menunggu masa terbaik untuk melakukan serangan balas.

Pada minit ke-54, Vietnam hampir menyamakan kedudukan namun tandukan pemain penyerang mereka terkena tiang dan rembatan susulan selepas itu berjaya diselamatkan pertahanan Malaysia.

Advertisements

Serangan Vietnam tidak terhenti di situ, Nguyen Quoc Viet hampir menjaringkan gol penyamaan namun rembatan pemain Vietnam itu sedikit tinggi.

Malaysia akhirnya berjaya menambah jaringan melalui Haiqal Haqeemi pada minit ke-70 melalui percubaan jarak dekat selepas menerima umpanan dari Haqimi Azmi sekaligus menjadikan menjarakkan kedudukan menjadi 2-0 memihak Malaysia.

Vietnam meneruskan usaha mereka untuk merapatkan kedudukan dengan menyerang dari pelbagai sudut namun sebaliknya berlaku apabila Haykal Danish menyumbat gol ketiga Malaysia pada minit ke-87 melalui satu gerak serangan balas.

Advertisements

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal 3-0 dan kemenangan menjadi milik pasukan Malaysia sekali gus layak ke pentas akhir. Malaysia akan berhadapan di antara Laos ataupun Thailand yang akan beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram