AFF U19: Vietnam Tewaskan Thailand Untuk Raih Tempat Ketiga
Dunia
Advertisements

Perlawanan penentuan tempat ketiga Piala AFF Bawah 19 ini menemukan Thailand dan Vietnam. Perlawanan ini dimenangi oleh Vietnam selepas menewaskan Thailand 5-3 melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi sebentar tadi.

Gol Thailand dijaringkan oleh Sittha Boonlha manakala gol Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Quoc Viet.

Perlawanan dimulakan dengan seimbang namun penguasaan bola lebih terarah kepada Thailand yang acap kali bercaya membelah pertahanan Vietnam.

Advertisements

Panupong hampir meletakkan Thailand di hadapan pada minit ke-18 namun rembatannya lemah dan berjaya ditangkap penjaga gol Vietnam.

Pemain Thailand, Phanthamit Praphant juga mempunyai peluang keemasan pada minit ke-23 namun sepakannya melantun dan terkena tiang.

Thailand akhirnya berjaya mendahului Vietnam 1-0 selepas Sittha Boonlha berjaya menjaringkan gol pada minit ke-42. Sittha berjaya menyambar situasi kelam kabut di hadapan gol yang bermula dari sepakan percuma.

Advertisements

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 1-0 memihak pasukan Thailand.

Bersambung babak kedua, Vietnam mula mengasak ke kubu Thailand beberapa kali untuk mendapatkan gol penyamaan.

Hasilnya, Nguyen Quoc Viet berjaya menjaringkan gol pada minit ke-54 selepas beliau berjaya melepasi perangkap ofsaid yang dibina Thailand. Kedudukan menjadi terikat 1-1.

Advertisements

Vietnam meneruskan penguasaan bola namun tempo permainan menjadi sedikit perlahan selepas pemain kedua-dua pasukan dilihat seperti keletihan.

Separuh masa kedua ditamatkan dengan kedudukan 1-1 dan perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti. Dalam penentuan sepakan penalti Vietnam akhirnya berjaya menewaskan Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 5-3.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram