Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia 2023 menewaskan Terengganu FC tempoh hari telah disulami dengan corak permainan terbaik yang dipersembahkan kedua-dua pasukan.

Selain Arif Aiman yang menjadi pemain terbaik perlawanan akhir tersebut, banyak mata yang tertumpu kepada pemain tengah JDT, Afiq Fazail.

Ketenangan Afiq di bahagian tengah berjaya menghubungkan pertahanan dan penyerang dengan baik melalui hantaran-hantaran yang tepat.

Advertisements

Melalui statistik yang diperolehi daripada WyScout, Afiq telah menyempurnakan 9 daripada 11 hantaran ke bahagian hadapan yang bersamaan dengan 82 peratus ketepatan. Selain itu, Afiq turut merekodkan 100 peratus hantaran tepat ke belakang, ke bahagian sisi dan juga hantaran bola jauh.

wyscout passing Afiq Fazail Buktikan Mengapa TMJ Amat Sukakan Wataknya Di JDT
Statistik dari Wyscout.

Jadi tidak mustahil pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim menyukai watak Afiq dalam mengemudi bahagian tengah JDT.

Advertisements

Sebelum ini, TMJ pernah berkongsi dalam rancangan Nindia Bola mengenai Afiq. Baginda menyukai Afiq dan meluahkan rasa hairan apabila Afiq terlepas beberapa panggilan ke kem skuad kebangsaan sebelum ini.

“Saya juga sangat suka dengan Afiq Fazail dan sangat terkejut kenapa pemain seperti Afiq tidak terpilih dan bagi saya sebenarnya beberapa orang pemain tengah Harimau Malaya kini tidak lagi relevan.

Advertisements

“Nadi bola sepak ini datang daripada pemain tengah, jadi untuk ada hubungan tersebut kalau kita main dua atau tiga pemain tengah, rasanya Kim Pan-gon perlu membuat penilaian semula untuk lihat siapa lebih layak berada di situ,” tegas TMJ dalam Nindia Bola.

Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon akhirnya memanggil Afiq untuk menyertai skuad kebangsaan bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada bulan lalu.

Advertisements

Afiq telah diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Chinese Taipei yang mana beliau beraksi untuk 62 minit perlawanan sebelum digantikan dengan Endrick Dos Santos. Malaysia menang 1-0 dalam perlawanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram