AFL Lulus Kuota Import Liga M3 Dengan Tiga Syarat Ketat
Liga M3
AFL
Advertisements

Kelab-kelab yang bertanding di Amateur Football League (AFL) iaitu Liga M3 kini dibenarkan mengambil pemain import bagi saingan musim baharu.

Saingan MBSB Bank Championship 2024/25 dilihat semakin menarik dan kompetitif apabila pemain import dibenarkan untuk memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan liga yang dijadualkan awal Mei nanti.

Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, beliau menjelaskan kesemua pasukan yang berhasrat untuk mendaftarkan pemain import perlulah mematuhi garis panduan serta peraturan yang ditetapkan AFL, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisements

Hal ini termasuklah menyediakan bukti deposit 6 bulan gaji sebagai jaminan sebelum dibenarkan mendaftarkan pemain import.

“AFL tetapkan syarat-syarat tambahan yang lebih ketat antaranya kategori umur, deposit 6 bulan gaji yang perlu disediakan serta pengenalan syiling gaji bagi pendaftaran pemain import.”

Advertisements

Namun begitu, setiap pasukan boleh mendaftarkan hanya dua pemain import dan tidak boleh melebihi had umur yang ditetapkan oleh AFL.

“Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan maksimum 2 pemain import berumur 18 hingga 21 tahun sahaja.”

Advertisements

“Pemain-pemain import ini hanya boleh didaftarkan bermain di MBSB Bank Championship sehingga mereka berumur 23 Tahun sahaja. Jika mereka betul-betul bagus, berkemungkinan ada pasukan di atas (Liga Super) akan mendapatkan khidmat mereka.”

“Jika tidak mereka harus pulang ke negara asal.” katanya pada Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2024 Ahli Lembaga Pengarah AFL di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Advertisements

Yusoff Mahadi memberitahu bahawa, pengenalan pemain import dalam MBSB Bank Championship 2024/25 ini bertujuan bagi meningkatkan nilai komersial saingan yang kini memasuki edisi kedua penganjuran tahun ini.

Sungguhpun begitu, AFL pada dasarnya tidak memberi tekanan kepada mana-mana pasukan untuk mendaftar pemain import kerana ianya bersifat tidak wajib dan bergantung kepada kedudukan kewangan masing-masing.

“Keputusan membenarkan khidmat pemain import ini akan memberi pendedahan awal kepada semua pasukan MBSB Bank Championship yang mempunyai peluang untuk dipromosikan ke Liga Super pada musim hadapan.”

“Ianya juga boleh merapatkan jurang apabila bertembung dengan pasukan Liga Super di ‘cross-over competition’ (Piala FA & Piala Malaysia).”

“Deposit 6 bulan gaji pemain import wajib disediakan kepada AFL sebagai salah satu syarat utama sebelum pemain ini disahkan pendaftaran. Jika syarat ini pun tidak boleh dipenuhi, usah bermimpi untuk menggunakan khidmat pemain import,” tegasnya.

“Deposit ini penting untuk kita pastikan kes tunggakan pembayaran gaji dapat dikurangkan di samping memberi jaminan serta menarik minat pemain import muda yang berkualiti untuk bermain di sini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram