Agen: Alejandro Garnacho Ditawarkan Kenaikan Gaji 4 Kali Ganda

Alejandro Garnacho Fabrizio Romano Agen: Alejandro Garnacho Ditawarkan Kenaikan Gaji 4 Kali Ganda
Fabrizio Romano
Azim Noor @mohdazim45
4:33pm 19/02/2023

Dengan Manchester United kini terlibat dalam pemburuan empat gelaran, Red Devils mahu memastikan pemain-pemain tonggak diikat dengan kontrak baru. Dan khabarnya, pemain sayap muda Alejandro Garnacho bakal menikmati kenaikan gaji empat kali ganda sekiranya memeterai kontrak baru dengan United.

Sejak bulan lepas, sudah ada usaha di pihak United untuk mengikat Garnacho dengan kontrak jangka panjang. Walaupun diintai oleh Atletico Madrid, Real Madrid dan Juventus, Red Devils masih menjadi pilihan utama untuk pemain sayap muda Argentina itu.

Ini kerana selain menikmati kenaikan gaji yang besar, Garnacho juga gembira bermain di bawah bimbingan pengurus Red Devils, Erik Ten Hag. Difahamkan dengan memeterai kontrak baru selama lima tahun setengah, dia bakal menerima gaji berjumlah £30,000 (RM160,000).

Berdasarkan laporan The Sun, bekas pemain akademi Atletico itu dilihat semakin hampir kekal dengan United. Ini selepas lensa kamera akhbar tersebut melihatnya dan keluarga serta ejen Carlos Cambeiro gembira meraikan sesuatu di Restoran CIBO di Hale, Manchester.

Sekiranya pemeteraian kontrak baru ini berjaya, fokus United seterusnya ialah mengikat Marcus Rashford dengan kontrak baru. Ketika ini, penyerang England itu mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama Red Devils.