Ejen Bola Sepak Eropah Anggap Mutu Permainan Sukan SEA Terlalu Rendah
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

 Ejen bola sepak Eropah yang kini berkelana di Vietnam, Jerneh Kamensek telah memberi pandangan beliau terhadap taraf kejohanan Sukan SEA yang dirasakan terlalu rendah.

Beliau menjelaskan, kejohanan yang kini berlangsung di Vietnam itu tidak mencapai piawaian yang sepatutnya selain merasakan bahawa ia hanya setaraf dengan kejohanan bawah 17 tahun di Eropah.

Kamensek menyatakan hal ini selepas menonton beberapa aksi yang sudah pun berlangsung di bumi Hanoi itu di samping tidak melihat sebarang prospek istimewa sepanjang ia dijalankan.

Advertisements

“Saya memang tidak terkejut apabila tiada seorang pun pemain yang beraksi dengan baik di Sukan SEA ini.”

“Saya lihat taraf kejohanan ini amat rendah dan mungkin hanya setaraf dengan kejohanan bawah 17 dan 19 tahun di Eropah.”

Individu berusia 47 tahun itu bagaimanapun tidak menafikan bahawa Vietnam merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri tumpuan tatkala kelibat pasukan tuan rumah ini dilihat mencari ancaman terbesar di pentas ini.

Advertisements

Beliau yang kini menjadi ejen bola sepak melihat keseluruhan skuad Vietnam yang dilimpahi pemain berbakat namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Barisan serangan Vietnam menjadi titik kelemahan buat pasukan ini.”

“Mereka kelihatan hilang arah saat membawa bola untuk menyerang dan sering tiada kreativiti di hadapan gol lawan,” ujarnya menurut portal Vietnam, Giao Thong.

Advertisements

Vietnam kini melangkah ke pentas akhir selepas menewaskan Malaysia selain Thailand juga turut ke final dengan membenam Indonesia sebelum itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram