Agen Nguyen Quang Hai Berang Dengan Pau
Asia Tenggara
Newsbeezer
Advertisements

Selepas lapan bulan menyertai Pau FC, Nguyen Quang Hai dikatakan berdepan kesukaran untuk menembusi skuad utama Pau yang beraksi dalam saingan Liga 2 Perancis itu. Lebih memeritkan apabila Quang Hai hanya beraksi satu minit dalam lima perlawanan terakhir Pau.

Agen Quang Hai, Fersini Michele Donato mengakui ada meminta Quang Hai meninggalkan pasukan utama bagi membolehkan pemain bintang Vietnam itu beraksi bersama skuad Pau FC B yang bermain di Liga Divisyen 5 Perancis.

Fersini mengakui kurang berpuas hati melihat Quang Hai jarang bermain. Satu perjumpaan bersama jurulatih Pau, Didier Tholot juga telah dibuat bagi membincangkan masa depan Quang Hai bersama Pau.

Advertisements

“Dengan pemain baru seperti Quang Hai, bermain selama 250 minit dan menjaringkan 1 gol dalam Ligue 2 menunjukkan dia mampu bermain bola sepak di Eropah.

“Baru-baru ini, saya mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Pau FC dan mengadakan pertukaran idea dengan jurulatih Didier Tholot. Mereka mengesahkan bahawa Quang Hai masih dalam rancangan kelab dan mereka tidak merekrutnya untuk apa-apa melainkan bola sepak,” jelas Fersini kepada TheThao247.

Sebagai agen kepada pemain bintang Asia Tenggara seperti Quang Hai, sudah tentu beliau mahu melihat pemain itu sentiasa beraksi di Perancis dan bukannya hanya memanaskan bangku simpanan. Quang Hai dijangka akan beraksi dengan pasukan utama pada perlawanan seterusnya menentang Stade Laval pada 19 Februari depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram