Aidil Sharin Kini Jurulatih Persikabo 1973
Dunia
Kedah Darul Aman FC / Persikabo 1973
Advertisements

Selepas meninggalkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Oktober tahun lalu, Aidil Sharin Sahak hari ini disahkan menjadi pengendali baharu bagi kelab yang beraksi di Liga 1 Indonesia, Persikabo 1973.

Pengendali berusia 46 tahun dari Singapura itu akan mengendalikan pasukan untuk pusingan kedua Liga 1 Indonesia. Perkara tersebut dikongsikan oleh pihak kelab melalui media sosial Persikabo sendiri.

Perlawanan pertamanya selaku jurulatih Persikabo ialah menentang Persebaya Surabaya pada 14 Januari apabila bertandang ke tempat lawan manakala perlawanan pertamanya di tempat sendiri adalah dengan melayan kunjungan Dewa United pada 18 Januari.

Advertisements

Persikabo kini berada di tangga kesembilan dalam carta Liga 1 Indonesia selepas mengharungi 17 perlawanan. Antara nama besar yang akan dikendalikan Aidil di Persikabo adalah penyerang skuad kebangsaan Indonesia, Dimas Drajad yang kini sudah meledak 5 gol dalam liga.

Sebelum mengendalikan Persikabo, Aidil mengendalikan Kedah dalam Liga Super Malaysia dari 2019 hingga 2022. Khidmat Aidil ditamatkan lebih awal dan baki perlawanan pasukan Kedah telah dikendalikan jurulatih interim ketika itu, Victor Andrag.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram