Aidil Zafuan Dipilih Atas Faktor Pengalaman Dan Disiplin
Dunia
Fam
Advertisements

Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak turut tersenarai untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada isnin depan. Aidil bersama 28 orang pemain yang lain mendapat kepercayaan Tan Cheng Hoe untuk membarisi skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020.

Skuad ini akan memulakan kem latihan pada Isnin, 22 November 2021 sebagai persiapan pasukan sebelum menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura. Beberapa muka baharu turut ditagih untuk perkuat pasukan kali ini.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Aidil Zafuan itu tetap dipilih atas faktor pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa. Aidil juga merupakan sosok tubuh yang sudah lama bersama skuad negara lagi-lagi dalam kejohanan di peringkat Asia Tenggara.

Advertisements

Tambah Zulhelmi lagi, disiplin tinggi yang sentiasa dipamerkan Aidil turut menjadi nilai tambah kepada pemain itu untuk terus mengetuai barisan pertahanan Harimau Malaya.

Walaupun pemain berusia 34 tahun ini kurang minit permainan bersama kelabnya, namun Aidil sebelum ini telah bermain dengan baik pada aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram