Spekluasi bertiup kencang mengenai penaja yang dijangka mahu melabur bersama Kelantan Red Warrior.
Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Kelantan Red Warrior FC, Nik Hafiz Nik Hassan ketika sesi siaran langsung di Tiktok Kelantan RW pada petang Ahad, 9 Januari.
Beliau membalas respon peminat yang bertanya mengenai penaja pakaian rasmi KRW yang menyatakan hasrat untuk beraksi pada saingan Liga A1 Semi Pro.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa cadangan dan pertanyaan daripada peminat mengenai usaha KRW untuk mendapatkan penajaan nagi saingan musim hadapan.
“Ya betul, sudah ada banyak pihak yang mahu menjadi penaja dan kita sedang mengadakan perbincangan,”katanya dalam sesi siaran langsung tersebut.
Nik Hafiz juga mempertimbangkan beberapa cadangan penyokong yang mahu melihat syarikat penerbangan gergasi negara, Air Asia untuk menjadi penaja rasmi KRW.
“Air Asia sebagai penaja? Menarik juga tu, warna merah putih dah sama (warna Kelantan Red Warrior),” tambahnya.
Kelantan RW kini sudah selesai jelajah percubaan untuk mencari ‘The Next Hero’ bagi mewarnai skuad Pantai Timur itu bagi musim hadapan.