Akademi JDT Belasah Barcelona
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Akademi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperagakan persembahan cemerlang apabila membelasah Barcelona.

Kejohanan Puma Youth Champions League B-14 itu menyaksikan skuad muda Harimau Selatan terus memperagakan aksi cemerlang setiap kali turun beraksi.

Advertisements

Sungguhpun skuad muda JDT tunduk dengan keputusan 3-0 kepada Island City pada aksi pembukaan, para pemain tetap memperagakan aksi cemerlang pada perlawanan kedua.

Semangat juang yang dipamerkan oleh skuad muda JDT ini berdepan Akademi Barcelona Singapura menjadi aksi tumpuan.

Advertisements

Skuad muda JDT berjaya meraih kemenangan besar 1-5 untuk membuktikan kualiti pasukan yang sedang berkembang dengan cukup baik.

Antara pasukan lain yang turut mengambil bahagian termasuklah Lion City Sailors, AFA DC, Euro Soccer Akademy dan Island City.

Advertisements

Kemenangan ini bakal menyuntik moral terbaik buat pasukan untuk terus memberikan saingan terbaik dalam kejohanan ini.

Advertisements