Aksi Akhyar Rashid Menentang Thailand

akhyar rashid vs thailand Aksi Akhyar Rashid Menentang Thailand
Syafiq Freman @syafiqfreman
9:02pm 16/06/2021

Akhir Rasid yang sebelum ini dikritik peminat kerana mudah “jatuh” membuktikan kemampuannya ketika berhadapan Thailand pada lewat malam Selasa selepas Thailand dijinakkan Malaysia 0-1 menerusi jaringan tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-52.

Beliau dilihat lebih mudah memasuki ke bahagian kotak penalti lawan berbanding aksi ketika menentang UAE dan Vietnam selain berani meragakan apa yang biasa peminat dapat lihat beberapa tahun sebelum ini.

Lenggokan badan dan kepantasannya berlari berjaya memberi tekanan kepada barisan pertahanan Thailand.

Pemain kelahiran Jitra ini memulakan karaer profesionalnya bersama pasukan Kedah bawah 21 tahun sebelum menyertai pasukan senior pada tahun 2017.

Pada tahun 2019 beliau menyertai Johor Darul Ta’zim dan beraksi lebih 29 perlawanan dalam tempoh 3 musim.