Aksi Amri Yahyah dan Guilherme De Paula Cetus Dilema Tan Cheng Hoe
Blog
Advertisements

Tatkala aksi Liga Super sudah memasuki perlawanan ke-16 pada minggu ini, para penyokong bola sepak tanah air sudah mula berteka-teki mengenai masa depan skuad Harimau Malaya. Ramai antara pemain yang tidak mendapat panggilan ke skuad kebangsaan sedang menikmati aksi yang cukup memberangsangkan ketika ini bersama pasukan masing-masing.

Ini sekaligus menimbulkan teka-teki mengenai barisan pemain baharu skuad negara yang akan dipanggil untuk kejohanan seterusnya setelah mengharungi kempen kelayakan piala dunia yang kurang memberangsangkan apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ke-3 di bawah pasukan UAE dan Vietnam.

Oleh yang demikian, timbul persoalan mengenai individu yang berpotensi dipilih oleh pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe baki mengemudi jentera serangan pasukan kebangsaan. Dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 itu, Cheng Hoe lebih selesa untuk menggunakan Norshahrul Idlan Talaha dan juga Guilherme De Paula untuk menerajui barisan serangan negara yang bertindak selaku penyerang tengah pasukan.

Advertisements

Aksi memukau Amri Yahyah pada musim ini bersama Sabah FC mendapat liputan penyokong apabila beliau diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto. Pemain yang mesra disapa Wak Am ini mempamerkan aksi luar biasa yang menjana kepada kemenjadian barisan serangan Sabah.

Amri juga sudah berjaya mencetak 4 gol dan 3 bantuan gol selepas 15 perlawanan termasuklah satu bantuan gol ketika menentang Sri Pahang baru-baru ini. Beliau juga tidak bernasib baik apabila sepakan gunting yang dilakukan dalam kotak penalti lawan singgah di palang gol.

Sungguhpun aksi penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula jarang dilihat setelah melengkapkan perpindahannya ke JDT, namun pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) pastinya ditagih untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan kebangsaan tatkala penyerang tempatan seperti Shahrel Fikri sedang dibelenggu kecederaan.

Advertisements

De Paula juga mempunyai rekod jaringan yang baik di Liga Super tatkala musim ini saja, penyerang berketinggian 189 cm itu telah berjaya meledak 4 jaringan dalam 12 perlawanan musim ini. Beliau juga berjaya meledak satu gol sepanjang beraksi bersama pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan.

Dengan ketandusan penyerang tulen untuk membarisi skuad kebangsaan, tidak mustahil khidmat penyerang berpengalaman seperti Amri Yahyah masih ditagih untuk memberi suntikan tambahan kepada pasukan kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram