Aksi Berani Sikh Izhan Terima Pujian Penyokong JDT & Negeri Sembilan
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Kecemerlangan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel dalam aksi ketiga Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim telah mendapat pujian penyokong.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi itu menyaksikan JDT menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 7-0.

Bagaimanapun, kecekapan yang ditampilkan penjaga gol berusia 20 tahun itu mendapat perhatian rata-rata peminat bola sepak tempatan apabila beliau berjaya menepis dan menyelamatkan beberapa percubaan tepat.

Advertisements

Pada aksi semalam, Sikh Izhan dipertaruhkan di kubu terakhir Negeri Sembilan. Walaupun turun sebagai pasukan pelawat, JDT dilihat tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri apabila banyak serangan diatur daripada awal babak permainan sehingga ke akhir perlawanan.

Berdasarkan statistik, Sikh Izhan Nazrel berjaya melakukan sebanyak tujuh penyelamatan daripada 14 percubaan tepat yang dihasilkan JDT.

Menerusi tinjauan MakanBola di beberapa platform media sosial seperti Facebook, Youtube dan Twitter, ramai yang memuji persembahan bertenaga Sikh Izhan. Mereka percaya ini merupakan pengalaman serta pendedahan terbaik buat penjaga gol muda ini apabila diturunkan menentang gergasi Liga Super.

Advertisements

Sikh Izhan semestinya akan terus menjadi taruhan skuad kendalian K. Devan dalam siri perlawanan Liga Super seterusnya. Negeri Sembilan bakal berdepan Kuala Lumpur di Stadium Paroi pada Sabtu ini, 11 Mac 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram