Shahrom Kalam Puji Impak Amirul Hisyam Bersama Kedah
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Biarpun Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah mengalami kekalahan 0-1 kepada Selangor FC tempoh hari, namun ada perkara positif yang dapat dikesan oleh bekas pemain Selangor, Shahrom Kalam.

Shahrom melihat pemain tengah Kedah, Amirul Hisyam telah menunjukkan persembahan yang baik dalam perlawanan tersebut.

Dalam satu ciapan di laman X, bekas pemain kebangsaan itu menganggap Amirul telah melaksanakan tugas dengan baik sebagai pemain tengah bertahan malah beliau sendiri telah lama memerhatikan aksi Amirul.

Advertisements

“Dah lama tak tengok Amirul Hisyam aka Worm ni. Sedap tengok dia pegang holding defensive midfield Kedah.

“Masa di national team antara pemain yang rendah diri, selalu bertanya untuk improve dan disiplin bagus. Keep going Worm,” coret Shahrom di laman X milik beliau.

Melalui tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikut Shahrom turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Shahrom mengenai Amirul.

Advertisements

Untuk musim ini, Amirul telah diturunkan dalam 16 perlawanan bersama Kedah. Walaupun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan, namun Amirul berjaya menghasilkan dua bantuan gol buat pasukan Kedah yang dilatih jurulatih berkaliber, Nafuzi Zain.

Kedah kini berada di tangga ke-3 Liga Super dengan mengumpul 53 mata selepas 25 perlawanan. Berbaki satu perlawanan, kedudukan tersebut masih belum selamat apabila hanya dipisahkan dua mata dengan pasukan di tangga keempat, Sabah FC yang bakal ditentang pada aksi terakhir pada 17 Disember depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram